Total Pageviews

Tuesday, July 26, 2011

DESTINASI CINTAKU . .

Cintaku . .
Mengapa kau tinggalkan aku . .
Tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu..
Ku perlu kau sentiasa disisiku . .
Menemani aku . .
Masih teringat di waktu dulu . .
Episod cinta kita bersama . .
Kau dan aku bermadu asmara . .
Kejinjang pelamin begitu hendaknya . .
Kasih sayangmu tiada ganti . .
Walaupun telah berjanji mengukir kehidupan bersama..
Apa kan daya . .
Jodoh tidak di pihak kita . .
Ku sangka diriku tabah untuk berdikari . .
Tanpa hadirmu di sisi . .
Namun ku sedar . .
Rupanya diriku rapuh untuk berdiri . .
Kini ku belajar kuatkan hati . .
Kuatkan semangat tetapkan tekad . .
Kerna kau dan aku telah berjanji . .
Tuk mengharung sisa hidup ini . .
Walau terpaksa seorang diri . .
Ku telah temui cinta sejati . .
Cintaku ini cinta teragung . .
Cintaku ini cinta terulung . .
Kerna ku tahu, Dia sentiasa menemani . .
Hidup ini mesti diteruskan . .
Walaupun ku sedar kau bukan milikku . .
Aku harus berpijak di bumi nyata . .
Dekatkan diri pada yang Esa . .
Kerna ku tahu cintaku dan cintaNya . .
Kan kekal sampai ke syurga . .

Friday, July 1, 2011

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm...memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada