Total Pageviews

Thursday, October 13, 2011

~ pErEmpUAn ~


Perempuan Datang Atas Nama Cinta
Bunda Pergi Karena Cinta
Digenangi Air Racun Jingga Adalah Wajahmu
Seperti Bulan Lelap Tidur Di Hatimu
Yang Berdinding Kelam Dan Kedinginan Ada Apa Dengannya ?
Meninggalkan Hati Untuk Dicaci
Lalu Sekali Ini Aku Lihat Karya Surga
Dari Mata Seorang HawaAda Apa Dengan Cinta ?
Tapi Aku Pasti Akan Kembali Dalam Satu Purnama
Untuk Mempertanyakan Kembali Cintanya
Bukan Untuknya Bukan Untuk Siapa
Tapi Untukku... 
Karena Aku Ingin Kamu
Itu Saja...

Tuesday, August 2, 2011

~ kAmU yAnG AkU c!ntA! ~

Pertamanya ,
“ Aku cinta kamu ”
Biar kata – kata itu mendahului
Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri
Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati
Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami
Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah
Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis
Aku akhirikan ,
Sebuah ungkapan ,
“ Aku cinta kamu ”
Pertamanya ,
“ Aku cinta kamu ”
Biar kata – kata itu mendahului
Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri
Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati
Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami
Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah
Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis
Aku akhirikan ,
Sebuah ungkapan ,
“ Aku cinta kamu ”

Tuesday, July 26, 2011

DESTINASI CINTAKU . .

Cintaku . .
Mengapa kau tinggalkan aku . .
Tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu..
Ku perlu kau sentiasa disisiku . .
Menemani aku . .
Masih teringat di waktu dulu . .
Episod cinta kita bersama . .
Kau dan aku bermadu asmara . .
Kejinjang pelamin begitu hendaknya . .
Kasih sayangmu tiada ganti . .
Walaupun telah berjanji mengukir kehidupan bersama..
Apa kan daya . .
Jodoh tidak di pihak kita . .
Ku sangka diriku tabah untuk berdikari . .
Tanpa hadirmu di sisi . .
Namun ku sedar . .
Rupanya diriku rapuh untuk berdiri . .
Kini ku belajar kuatkan hati . .
Kuatkan semangat tetapkan tekad . .
Kerna kau dan aku telah berjanji . .
Tuk mengharung sisa hidup ini . .
Walau terpaksa seorang diri . .
Ku telah temui cinta sejati . .
Cintaku ini cinta teragung . .
Cintaku ini cinta terulung . .
Kerna ku tahu, Dia sentiasa menemani . .
Hidup ini mesti diteruskan . .
Walaupun ku sedar kau bukan milikku . .
Aku harus berpijak di bumi nyata . .
Dekatkan diri pada yang Esa . .
Kerna ku tahu cintaku dan cintaNya . .
Kan kekal sampai ke syurga . .

Friday, July 1, 2011

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm...memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada

Wednesday, June 29, 2011

TERLUKA Dan KECEWA

Cinta itu memang buta . .
Tiada siapa yang tahu untuk meramalkan kewujudan menerima
kenyataan bahawa diri dicintai oleh seseorang yang tidak sepatutnya ,
adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilalukan . .
Cinta memang indah tetapi , cinta yang wujud pada seseorang yang
tidak sepatutnya merupakan satu situasi yang sukar dan amat payah untuk dihuraikan . .
Menerima cintanya adalah pekara yang mustahil tetapi menolak cintanya juga
amat sukar untuk dilakukan kerana tidak mahu ada hati yang
TERLUKA dan KECEWA . .

Sunday, June 26, 2011

Dibalik tirai cinta

hati ini terasa sunyi tanpa nafas cintamu ,
hidup ini sepi tanpa senyuman darimu
diri ini senyap tanpa jiwa kasih mu ,
ruang hatiku gelap tanpa arah untuk melangkah . .

cinta ,
mengapa semua ini harus terjadi ? ?
mengapa disaat terang dunia kalbuku kau berlalu ,
kau tinggalkan sepenggal dusta dalam rasa . .

cinta ,
aku hanya mampu memeluk rasa
memeluk mimpi senja yang kelabu
meniti harapan fajar kelana . .

cinta ,
kau buat aku tak yakin untuk melangkah
kau beri aku segenggam luka
mengapa cahaya pelangi menjadi api ,
selamat jalan cinta ,
selamat berbahagia di atas luka ku ,
biarkan kata merangkai hati serupa darah dibalik tirai cinta . .

Apa Ertinya Cinta Ku, Buat Diri Mu

Telah nyata, puisi ku buat mu .
Cinta disemadikan buat diri mu .
Nilai erti cinta ku untuk mu . .
Umpama rindu saling merindu . .

Erti dan bagaimana ingin mengerti . .
Akan erti cinta mu buat diri ku ini . .
Percayalah cinta ku, menyintai . .
Untuk buat diri mu , yang ku cintai . .

Ingin ku,mengisi cinta ku ,
bersama diri mu, kecintaan ku . .
Berilah erti, pengertian pada ku . .
Hakikat pengisian cinta ku dan kamu . .

Pada pengertian cinta ku ,
untuk dirimu , yang dicintai itu . .
Saling memberilah antara kamu dan aku . .
Adakan perkara baik , kamu dan aku . .

Saturday, June 18, 2011

Rinduku Terhadapmu

Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.

Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.

Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,

Sedihnya aku,
Lukanya hati aku,
kerana disisimu bukan AKU,
Maafkan aku kerana terpaksa putus denganmu walaupun perit,
Akan aku gagahi jalani hidup ini tanpamu,
Kerana semuanya ada padamu,
Kasih, Sayang, Cinta yang ada kini hanya adalah RINDU.

Friday, June 10, 2011

~13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta~

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Monday, June 6, 2011

Apa itu Cinta ? ? ?




Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah Cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta pada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta yang tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta yang suci murni serta putih bersih.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak biasa dilihat, tetapi cinta itu teramat indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak  bertopeng.Bukan saja  cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih. 
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin dikuasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
 
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
 
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat tumbuhan, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar ayat cinta serta melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati
. 
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. 
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti? Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
 

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.